Kalau orang lain sibuk mencari cinta, biarlah kite sibuk mencari iman

Pages

Saturday, 26 January 2013

Adilkah semua ini ?


          Pernah tak korang terfikir  bilamana dalam satu situasi ni korang akan terasa terpinggir atau senang kata dipinggirkan. Dan apa yang aku tahu semua ni terasa macam tak adil je untuk aku. Terutamanya dalam bab ‘berkawan’. Lagi-lagi berkawan dengan nombor yang ganjil. Salah seorang daripada tiga orang tu mesti rasa selalu dipinggirkan.. Contohnye..

Situasi 1 :

Si A : Ni aku ade cerita best kat korang ni.. Nak dengar tak?

Si B : Ish kau ni.. aku tengah sibuk cerita pasal galaxy terbaru kat C ni.. senyaplah kau

Si C : Entah, bising je.. Ok2 sambung lah B..

Si A pun rasa tersinggung…

Situasi 2 :

Si B dan Si C sedang bergelak sakan dengan cerita Si B tadi…

Si A : Apa yang korang cerita tadi? Nak tau jugak..

Si B : Blah lah kau.. Kalau kitorang cerita pun bukan kau faham..

Si C mengangguk dengan laju tanda sokong dengan jawapan Si B.

Si A sekali lagi tersinggung….

Adilkah dekat si A tadi? Oh.. Mungkin mereka hanya ingin bergurau.. Tapi tidakkah diorang pernah sedar gurauan diorang tu telah mengguriskan hati rakan mereka sendiri?

Tapi korang sangat bersyukurlah kan sebab dapat kawan dengan Si A ni. 
Kerja sekolah boleh tiru daripada dia.. 
Pastu kalau ada kerja semua dia yang tolong buat.. 
Wahh.. sangat untung betul korang..
Tapi sedih sangat.. korang tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dia dah tolong kat korang. 
Ejek dia buat jawapan salah lah.. tak pandailah.. 
Ya Allah.. Korang adelah sebahagian manusia yang tak reti bersyukur ! 
Andailah dia akan pergi satu hari nanti.. barulah korang rase bertapa pentingnye kawan ketika susah.. 

Ye, kawan senang memang SENANG dicari. Bersepah kot dekat tepi-tepi jalan sane. 
Tapi ingatlah, kawan SUSAH sampai lubang cacing pun korang tak akan jumpa. 

Allah dah bagi korang akal dan fikiran boleh fikir mana kawan yang hanya hadir waktu kau senang, dan mana satu kawan yang betul-betul akan tolong kita dikala kita dalam kesusahan. So, fikirlah..

Ingat,
Usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum pasti untuk selama-lamanya..
Tapi, Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan semalam…
Kerana kesakitan itu akan digantikan dengan kebahagiaan yang pasti…

Renungkan… 

No comments:

Post a Comment

Followers

Powered by Blogger.

Popular Posts