Pernah tak korang terfikir
bilamana dalam satu situasi ni korang akan terasa terpinggir atau senang
kata dipinggirkan. Dan apa yang aku tahu semua ni terasa macam tak adil je
untuk aku. Terutamanya dalam bab ‘berkawan’. Lagi-lagi berkawan dengan nombor
yang ganjil. Salah seorang daripada tiga orang tu mesti rasa selalu dipinggirkan..
Contohnye..
Situasi 1 :
Si A : Ni aku ade cerita best kat korang ni.. Nak dengar
tak?
Si B : Ish kau ni.. aku tengah sibuk cerita pasal galaxy
terbaru kat C ni.. senyaplah kau
Si C : Entah, bising je.. Ok2 sambung lah B..
Si A pun rasa tersinggung…
Situasi 2 :
Si B dan Si C sedang bergelak sakan dengan cerita Si B tadi…
Si A : Apa yang korang cerita tadi? Nak tau jugak..
Si B : Blah lah kau.. Kalau kitorang cerita pun bukan kau
faham..
Si C mengangguk dengan laju tanda sokong dengan jawapan Si
B.
Si A sekali lagi tersinggung….
Adilkah dekat si A tadi? Oh.. Mungkin mereka hanya ingin
bergurau.. Tapi tidakkah diorang pernah sedar gurauan diorang tu telah
mengguriskan hati rakan mereka sendiri?
Tapi korang
sangat bersyukurlah kan sebab dapat kawan dengan Si A ni.
Kerja sekolah boleh
tiru daripada dia..
Pastu kalau ada kerja semua dia yang tolong buat..
Wahh..
sangat untung betul korang..
Tapi sedih sangat.. korang tak pernah nak bersyukur dengan
apa yang dia dah tolong kat korang.
Ejek dia buat jawapan salah lah.. tak
pandailah..
Ya Allah.. Korang adelah sebahagian manusia yang tak reti bersyukur
!
Andailah dia akan pergi satu hari nanti.. barulah korang rase bertapa pentingnye
kawan ketika susah..
Ye, kawan senang memang SENANG dicari. Bersepah kot dekat
tepi-tepi jalan sane.
Tapi ingatlah, kawan SUSAH sampai lubang cacing pun
korang tak akan jumpa.
Allah dah bagi korang akal dan fikiran boleh fikir mana
kawan yang hanya hadir waktu kau senang, dan mana satu kawan yang betul-betul
akan tolong kita dikala kita dalam kesusahan. So, fikirlah..
Ingat,
Usah kita ketawa berpanjangan kerana kegembiraan yang belum
pasti untuk selama-lamanya..
Tapi, Biarlah kita menangis hari ini kerana kesakitan
semalam…
Kerana kesakitan itu akan digantikan dengan kebahagiaan yang
pasti…
Renungkan…