Aiskrim dalam bekas berperisa vanilla & coklat ( perisa aiskrim terpulang pada citarasa sendiri)
Cara-cara membuat aiskrim goreng :
Letak satu keping roti di atas dulang bersih/ pinggan yang rata.
Kemudian letak aiskrim perisa vanilla tadi di atas roti.
Letak satu keping roti di atasnya. Pastikan kedudukannye sama atas bawah.
Kemudian tekupkan dengan cawan besar. Lebih tajam bucu cawan tu, lagi senang nak buat.
Contohnye, cawan plastik. Tapi disebabkan rumah aku takde cawan plastik, terpaksa lah gune cawan tebal.
Keluarkan dulu isi luar roti yang telah dipotong.
Jadilah due bahagian roti. Roti di sebelah kiri bolehlah disimpan di dalam peti. Yang kanan pulak jangan lah pulak buang kat tong sampah. Kan boleh buat puding roti. Jadi tak lah membazir, membazir amalan sape?? haa pandai2 lah korang jawab..
Lepas siap buat jangan terus goreng pulak. Kena simpan dulu dalam peti ais dalam tempoh 3 atau 4 jam bagi keraskan balik aiskrim yang telah cair tadi.
(selepas 4 jam)
Panaskan minyak dulu. Bila minyak dah panas, baru keluarkan roti dari peti ais dan terus saje masukkan dalam kuali. Jangan risau, tak mercik punn.. Goreng jangan lama sangat, takut aiskrim kat dalam roti tu cepat cair. So jalan penyelesaian nye ialah, besarkan api untuk singkatkan masa penggorengan roti tadi.
Dan inilah hasilnyaaaaaaa.....
Oke. Yang hitam2 tu bukan disebabkan aku goreng sampai jadi garing ok. Tu disebabkan aku salut dengan dark chocolate yang telah dicairkan. Bagi sesapa yang tak suke letak coklat, boleh makan macam tu je. Tak ubah pun rasenye. Cume mungkin kalau letak coklat sikit, bertambah sedap laa kan..
Terpulang kat korang lah. Ikut citarasa korang..
SeLaMaT MeNcUbA (^_^)